Khairy Perlu Jawab Kontrak LHDN!

21 07 2010

Oleh : Soya Metal

Ape bende musibah yang berlaku kat Malaysia hari ini adalah kerana kelemahan pentadbiran PM yang lalu. Aku nak kata yang banyak buat masalah adalah sepanjang pentadbiran Tun Abdullah. Inilah catatan sejarah moden Malaysia yang tak mahu diingati oleh rakyat Malaysia.

Tun Abdullah wajar sangat dipersalahkan tentang segala kekalutan dan kerosakan hari ini. Kelemahan daya kepimpinan, monopoli kaum keluarga dan kepercayaan pada Pegawai Kerajaan adalah penyebab segala kenikmatan yang ada pada bumi Malaysia sudah hilang.

Rasa macam malas nak tulih pasal PM ke-5 ini. Tak guna nak maki hamun Tun Abdullah kerana nasi sudah menjadi bubur. Khairy Jamaluddin dan segala barisan penasihat sudah tidak berguna hatta sekupang duit selepas kejatuhan Tun Abdullah.

Aku petik sedikit:-

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah mendakwa, Efficient E-Solution Berhad merupakan syarikat yang membiayai kos operasi portal tersebut.

Efficient E-Solution juga mempunyai kepentingan 20 peratus dalam VPI International Sdn. Bhd., yang telah mendapatkan kontrak perkhidmatan pengimejan dan pengimbasan pengumpulan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yang pada mulanya berjumlah RM216,090,927 dan kemudian dinaikkan kepada RM585,540,927.

Azwanddin mendakwa dalam satu sidang akhbar di sini hari ini bahawa Datuk Kalimullah Hassan dan Shaik Aqmal Alauddin merupakan pengarah dalam Efficient E-Solution, manakala Shaik Aqmal dan Sreedhar Subramaniam adalah pengarah VPI International.

Itupun masih ada hati lagi mahu diangkat menyertai kabinet Najib. Tak sedaq diri kebolehan dia diragui.

Satu isyarat perlu diberi pada Najib, siasat siapa mastermind dalam meluluskan pemberian kontrak ini.





Mana BPN Menghilang?

21 07 2010

oleh : Supir Parkir

Wak sebenarnya dah lama tak buat blog. Dulu wak ada blog tapi tak lamo kejap saja. Sempatla berkenal-kenalan dengan satu grup blogger bernama Blogger Pembela Negara (BPN). Bagi Wak, grup sebegini bagus, untuk kumpuikan blogger dan syncronise untuk imbangkan peranan blogger sebelah sana.  Bila Wak lihat ada struktur organisasi, Wak fikir ini bukan grup main-main dan pasti ada penaja.

BPN, di awal kemunculannya sekitar penghujung tahun 2008 dah boleh satukan lebih kurang 200 blogger. Ada yang nama besar dan ada juga yang nama kecik. Itu dah kira cantek untuk form grup yang kuat. Nama-nama macam Abang Tuah, Pang5 Perang Cyber, Gerakan Anti PKR, Parpukari, Gomo United, dan lain-lain blogger pernah dihimpunkan didalam grup ini. Masa itu, macam-macam resolusi yang Wak lihat dibuat oleh grup ini. Isu Yahudi serang Palestin, barang naik dan macam-macam resolusi lagi.

Sempat juga Wak berkenalan dengan semua blogger yang Wak sebut diatas dan selepas itu Wak dengar macam-macam politiking dalam grup yang baru nak bernafas tuh. Wak ambil keputusan Wak nak touch N go dan perhatikan dari jauh saja. Ada yang kata, grup ini dipelopori oleh sympitizer Khairy Jamaluddin (KJ). Wallahualam, Wak tak tahu cuma macam-macam cerita yang Wak dengar. Wak yakin pasti ada yang berkecil hati bila tahu modus operandi grup ini.

Alih-alih, sekarang ini Wak perhatikan BPN dah lemau dan ramai yang mula menjauhkan diri dan tak mahu dikaitkan dengan grup ini. Ibarat macam UMNO sebelum Tun Abdullah meletak jawatan, pakat-pakat tak mahu dikaitkan dengan UMNO. Yela..bila dah lemah semua orang cabut lari. Blogger handal BPN semua tarik diri alasan tak mahu dikatakan budak suruhan KJ. Tinggallah BPN pada hati segelintir blogger yang masih sympitizer dengan YB Rembau itu.

Masa BPN gah dulu macam-macam resolusi yang dibuat. Wak ingat lagi masa riuh Israel serang Lubnan dan Palestin. Tak salah Wak Intifada 3 Palestin. Berebut-rebut blogger BPN bagi idea untuk jadikan satu resolusi. Sehingga kini dah ada 7 resolusi yang dibuat BPN dengan isu Anwar Pengkhianat adalah yang akhir sekali.

Tapi BPN kini dah tidak bermaya. Nak beradu dengan blogger sebelah sana pun rasanya segan untuk menghantar kad jemputan berdebat. Blogger-blogger yang ada di blogosfera semuanya sudah bergerak sendiri malah ada yang dibiayai pemimpin  untuk tujuan tertentu.

Baguslah, cuma kadang-kadang bila ada YB yang meninggal atau meletakkan jawatan pasti ada segelintir pemimpin yang mula memasang jentera cybertrooper kononnya untuk persedian pilihan raya kecil. Tujuannya mudah untuk kutip keuntungan dengan menggunakan nama-nama blogger yang sedia ada.

Blog ini dibuat oleh teman2 Wak. Saja perform satu blog bila dah tak tahan tengok ahli politik yang berpolitik sepanjang masa. Tiada langsung masa untuk bersama rakyat. Bab nak cari info berlambak kat open media dan ada juga hasil brainstorming teh tarik malam minggu.

Ini yang susah bila dah declare jadi blogger…





KSSB: Yaakob Sapari Penipu.!

20 07 2010

oleh : Salihin Mustafa

Keratan akhbar diatas diambil daripada blog RBF. Tak tahu apa motif sebenarnya bookie pasir ini bersusah payah menangkap penyamun pasir yang terdiri daripada geng sendiri.

Penulis memetik sedikit kenyataan Yaakob Sapari seperti mana yang tertulis dalam akhbar Sinar Harian

“Kata Yaakob, perkara itu jelas menunjukkan Kerajaan Negeri serius dalam isu kecurian pasir dan tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada pesalahnya. Ia sejajar dengan langkah Kerajaan Negeri menawarkan ganjaran keapda mana-mana orang awam yang berjaya memberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka yang bersalah”

Seriuskah Yaakob jika dia sendiri yang terlibat dalam urusniaga haram mengaut untung masuk poket sendiri. Kenapa baru sekarang serius hendak memerangi penyamun pasir selepas satu malaya dah tahu kerja kotor kerajaan negeri?

Jika kerajaan negeri serius sepatutnya task force yang diwujudkan tak perlu dihentikan. Lantik semula 48 ahli PBT yang ditugaskan dalam operasi pembanterasan penyamun pasir jika betul kerajaan negeri serius mahu mengawal aktiviti haram ini.

Munculnya Yaakob Sapari dengan berkain pelikat menangkap penyamun pasir boleh dianggap hanya mahu mencari publisiti. Keadaanya sama seperti demo pasir minggu lepas, apabila Ketua Pemuda UMNO Selangor yang lantang mendesak kerajaan negeri dengan membaca 7 perkara membantah penyamun pasir.

Yaakob Sapari, bookie pasir dan Ketua Pemuda penyamun sama taraf macam yang lain-lain. Kenapala tidak ditonjolkan orang yang bersih untuk membanteras perkara yang mungkar.





KSSB: Kenapa Ada Akaun Haram?

20 07 2010

Nampak tersenyum lebar Yaakob Sapari bila hadir memberi sokongan pada Badan Bertindak Pengusaha dn Pembeli Pasir Selangor. Grup ad-hoc yang ditubuhkan selepas Kerajaan Selangor digegarkan dengan kes penyamun pasir rakyat.

Yaakob Sapari wajar hadir memberi sokongan pada grup ini. Ini kerana grup ini yang memberi bantuan kewangan dan sumber kewangan Yaakob apabila dia diarahkan untuk menjadi bookie jual pasir. jangan dilupa nama Suhaimi Shafie yang menang di Seri Muda pada PRU lepas. Kedua-dua ini bookie yang sedang merompak kekayaan pasir Selangor.

Suka dinyatakan disini, grup penyamun ad-hoc ini di ketuai oleh Raja Kamaruddin. Dia pernah jadi saksi palsu kes liwat Anwar yang pertama dulu. Jadi tidak hairan bila penyokong Anwar sekarang berebut-rebut harta rakyat Selangor. Gaya reformasi Napoleon Bonaparte.

Dalam pentadbiran kerajaan Selangor, Yaakob Sapari dan Suhaimi Shafie adalah bookie yang meluluskan syarikat-syarikat konsesi yang ingin membeli pasir dengan menetapkan syarat-syarat tertentu sebelum kelulusan diberi. Di antara syarat yang dikenakan adalah syarikat konsesi pembeli pasir dikehendaki membayar RM 1 untuk satu tan atau RM 30,000 sehari kepada setiap konsesi pembeli pasir sebagai ganjaran kepada kelulusan yang diberi dan bon sebanyak RM 150,000 kepada syarikat konsesi pengeluar pasir.

Pernah dulu, Setiausaha Sulit Yaakob Sapari ditahan SPRM atas tuduhan rasuah berjumlah RM280,000 berserta pakej seks dan lawatan ke China. Pada yang tak paham pakej seks itu ialah nak dapat lombong pasir, sesebuah syarikat perlu memberi habuan tak kira duit atau pun perempuan dan pembantu Yaakob memilih perempuan dan duit diberi pada Yaakob Sapari.

Dalam laporan polis YB Mike pada 12 Mei dulu dia pernah mendedahkan terdapat satu akaun yang diwujudkan atas nama ‘Resvil’ yang digunakan untuk menyimpan wang yang dibayar oleh syarikat konsesi pembeli pasir. Apa maksud Resvil pun tak dapat dikenal pasti berkemungkinan ‘Resident Evil’ bersempena kerja haram yang dilakukan pemimpin PKR selepas habuan Rm10 juta yang tidak direkodkan kehadirannya.

Kenapa mesti ada akaun haram yang tidak dikawal selia penggunaannya?





Macam-Macam Telatah Mahfuz Omar

20 07 2010

kapsyen gambar dari The Unspinner

Banyak sangat bercakap sampai menyakiti hati orang lain adalah satu dosa. Bercakap perkara-perkara yang berfaedah dan membina sebenarnya lebih mulia. Sebagai contoh Mahfuz Omar. Berjawatan Naib Presiden PAS dan paling banyak bercakap dan kondem dalam dasar-dasar kerajaan.  Ada saja perkara yang dibuat kerajaan langsung tidak kena pada matanya.

Ini yang susah jadi ahli politik berstatus tinggi dalam parti. Perlu kekalkan ‘prestij’ pada mata ahli-ahli dan rakyat jelata. Walhal sampai mengundang cemuh dan menyampah. Pendek kata, selagi dia tidak menjawat jawatan kabinet dan merangka dasar kerajaan selagi itulah semuanya tak best pada hematnya.

Itulah, Mahfuz kena faham, bukan semua orang boleh terima cakap kita atau pun rakyat yang tak tahu yang Mahfuz adalah orang yang paling senang dihubungi media untuk dapatkan sensasi hentam kerajaan. Betulla, Naib Presiden parti yang paling senang dicari media adalah Mahfuz Omar tau bahasa bodohnya ‘gila publisiti’.

Ini contohnya:-

Mahfuz cakap pasal Melayu. Bukankah PAS berjuangkan Islam?

Melayu akan lebih kukuh dan mulia tanpa Umno, dan Malaysia akan lebih maju tanpa Umno,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana meyakini kuasa politik melayu akan hilang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Harga barang pun boleh jadi lauk untuk Mahfuz

Harga minyak serta barangan keperluan lain dipercayai akan terus naik enam bulan lagi sekiranya dirujuk pada jadual rasmi Makmal Rasionalisasi Subsidi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.Melihat pada rancangan menaikkan harga beberapa barangan tersebut sehingga 2014 kelak, beliau mendesak pentadbiran Najib supaya bersikap jujur dengan rakyat.

Yang ini pasal roadtour apology Anwar. Mahfuz mesti nak ambil bahagian

“Anwar sudah jelaskan bahawa dia tidak mohon maaf pada Yahudi, tetapi akhbar-akhbar ini terus menyerang dia padahal dia beberapa hari di sebuah negara (Amerika Syarikat) yang nyata sokong Yahudi. “Kalau sudah Washington Post pun mungkin didalangi oleh agen-agen mereka, tak mustahil beberapa media tempatan (pro) Umno ini pun terbabit kerana APCO adalah tempat mereka (kerajaan) pohon petunjuk dari segi komunikasi.”

Kadang-kadang pelik juga melihat telatah Mahfuz, seolah-olah dia hilang pedoman tiada arah tujuan semua mahu disauk untuk tonjolkan diri sendiri. Bukankah itu namanya riak.

Nampak seperti gaya Mahfuz perlu ditarbiyahkan oleh Nik Aziz.





Tanya Anwar Pasal Komisen Pasir RM10 Juta

16 07 2010

Pernyataan diatas boleh disemak di laman web KSSB. Agak aneh bila menyusuri laman tersebut kerana sebagai sebuah anak syarikat kerajaan Negeri Selangor, tidak kelihatan senarai Board of Director KSSB. KSSB bukan kompeni kecil, ia dibawah pengurusan Perbadanan Menteri Besar yang ditubuhkan selepas Khalid Ibrahim dijadikan Menteri Besar Selangor. KSSB membuka operasi pasir yang pertama adalah di Dengkil.

Dipercayai Khalid Ibrahim telah melantik kroninya dalam operasi KSSB . Bagaimanapun dalam kebanyakan kroni yang dilantik Khalid Ibrahim, pelantikan Dato’ Anuar Mad Nor adalah paling mengejutkan. Ini kerana, beliau telah diistiharkan muflis selain mempunyai rekod buruk dalam perniagaan.

Ini untungnya jika ada kenalan dalam politik pasti akan terkena sedikit tempias. Walaupun sudah ada rekod negatif selain diberi surat muflis, Khalid telah melantik Dato’ Anuar Nor sebagai Penasihat Air dalam Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan ditawarkan dengan gaji yang cukup lumayan.

Difahamkan ketika SPRM mula menjalankan penyiasatan terhadapnya Khalid Ibrahim telah membawanya keluar daripada KDEB dan melantik beliau sebagai Pengarah Urusan KSSB. Disinilah dilihat bagaimana PR yang melaung-laungkan ketelusan sebenarnya sama saja dengan BN bila dah dapat kuasa. Semua parti politik sama saja balin batu sembunyi tangan.

KSSB mempunyai 3 lombong pasir dengan 2 di Sepang dan 1 di kuala Selangor dan 8 syarikat yang dilantik untuk mengawal selia lombong pasir KSSB. Ada logiknya jika DAP berkeras mahu Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB walaupun di peringkat parti di Selangor, Khalid adalah sampah yang belum dikutip. 4 daripada 8 syarikat yang diberi tanggungjawab adalah milik Cina.

Mengikut maklumat yang diterima penulis, setiap syarikat konsesi yang berjaya mendapat tender, perlu membayar  RM 50,000 sebagai cukai kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui KSSB. Selain daripada itu, syarikat konsesi juga perlu membayar RM 500,000 sebagai deposit kepada KSSB untuk mengeluarkan pasir dan RM 100,000 kepada kumpulan-kumpulan pelobi yang dilantik.

Siapa kumpulan pelobi?

Penulis difahamkan, kumpulan pelobi ini terdiri daripada Nurul Izzah, Yaakob Sapari, Shuhaimi Shafie dan Mejar (B) Zulkifli dimana kesemuanya telah diaturkan sendiri oleh Anwar Ibrahim dengan kelulusan serta merta. Antara syarat yang dikenakan untuk mendapatkan kelulusan membeli pasir ialah perlu membayar RM30,000 sehari, deposit RM150,000 dan syarikat melombong pasir perlu mempunyai sekurang-kurangnya 5 buah  syarikat membeli pasir.

Jika kita masih ingat, MP Kapar pernah membangkitkan perkara ini kepada Khalid Ibrahim dengan membuat laporan Polis setelah tempoh untuk Khalid Ibrahim mengambil tindakan keatas Pegawai KSSB tidak menjadi.

Dalam laporan Polis YB Mike, mendedahkan penyelewengan yang telah dilakukan oleh Dato’ Anuar Mad Nor,  Ramli Majed, Pengarah Eksekutif KSSB dan Wong Swee Leong, Pengurus Pemasaran KSSB dalam menetapkan harga yang perlu dibayar oleh pihak kontraktor pelombong pasir dan mendedahkan sebanyak RM10 juta oleh syarikat konsesi yang tidak direkodkan. Akibat daripada pendedahan tersebut, YB Mike telah diugut bunuh dan disimbah cat merah sebagai tanda amaran.

Kenapa mesti ada RM10 juta yang tidak direkodkan kehadirannya?

Sebenarnya isu curi pasir telah menampakan kelemahan PKR yang pertama kali mentadbir sebuah negeri dengan ketiadaan pengalaman dan kepakaran. Ini membuktikan penglibatan kepimpinan PKR dalam curi pasir adalah bertujuan mahu memenuhkan kantung PKR menjelang PRU akan datang. Terpulang pada BN untuk eksploitasi isu ini walaupun dikhabarkan Ketua Pemuda Selangor pernah terlibat dalam kerja haram ini.

Selepas isu pasir ini, Khalid Ibrahim tidak perlu melupakan krisis air yang bakal menemui kesejahteraan Selangor. Tahniah rakyat Selangor kerana kebijaksanaan pentadbir telah membahagiakan hidup kamu semua.





Yaahhooo…Khairy Nak Menghilangkan Diri

14 07 2010

Seperti tidak percaya bila membaca kenyataan ini. Apakah Khairy sudah feed-up dengan dirinya sendiri ataupun sudah tawar hati dengan kepimpinan UMNO.?

Tak mahu tulih panjang-panjang. Jika benar apa yang dikata..

Yaahhooo….